Wednesday, February 16, 2011

Peristiwa Maulidur Rasul.. Part 1

 



Tanggal 12 Rabiulawal kembali lagi..

Masjid akan dipenuhi dengan lautan manusia yang mendengar ceramah..

Jalan akan dipenuhi dengan ratusan manusia yang berarak memuji dan junjungan bear Nabi Muhammad S.A.W
 
Jadi walaupun sudah agak terlambat saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul. Pada saya, setiap kali tiba Maulidur Rasul saya akan teringat satu peristiwa. Bukannya ada apa pun kerana sebagai exco agama di sekolah saya diberikan kesempatan oleh Allah S.W.wT untuk meguruskan program Maulidur Rasul di peringkat sekolah. Kira once in a lifetime la nie..


Merupakan satu perkara yang paling mencabar la rasanya, kerana saya bukanlah seorang yang hebat sangat. Bak kata orang from zero to hero. Tapi x taulah dah jadi hero belum...Kira - kira seminggu sebelum maulidur rasul, saya dah kena ada preparation untuk mengadakan program maulidur rasul dan sebelah malamnya pula akan diadakan M.T.Q ataupun Majlis Tilawah Al - Quran.. Fuh!! memang penat jugak la jadinya

Jadi sepanjang menguruskan benda tersebut bermesyuarat la dengan team macam - macam benda yang difikirkan kerana yang palig penting pada pagi hari ialah pasal perarakan dan sebelah malam pula pasal M.T.Q. Dan melalui pengalaman saya menguruskan sesuatu event yang agak besar paling penting ialah sebelum memulakan apa  - apa mesyuarat setiap ahli mesti memikirkan buah fikiran sebelum berlaku mesyuarat. 

Maksudnya sebelum kita nak bermesyuarat semua ahli perlu diberitahu mengenai tujuan mesyuarat dan bila mesyuarat tu akan berlaku supaya semua ahli ada idea nak cakap apa. Ini kalau tak semua orang membisu sahaja tak tau apa nak cakap

Dan sepanjang menguruskan program ni jugak saya ada seorang ustaz yang akan jadi advisor la kata orang putih gitu. Punyalah banyak kali jumpa sampai rasa naik jemu jugak la ustaz tu. Oh lupa nak sebut nama ustaz tu ialah Ustaz Khairul Fahmi (hehe ustaz kalau baca nie doa - doakan la kitorang SPM semua berjaya dapat straight A amiiinn..) 

Setelah bertungkus lumus sampai ada satu hari tu balik ke bilik sampai pukul 3 pagi mesyuarat dengan team semua (saya duduk asrama) sebab malam tu malam last sebab esok dah hari maulidur Rasul..Sampai pada harinya tibalah masa yang ditunggu oleh semua.. 

Hari Maulidur Rasul.. punyalah bangun awal nak pastikan semua berjalan lancar.. Lepas semua makan dekat DS (Dewan Selera) semua pelajar diminta berada di padang untuk perarakan.. Setiap blok kena la buat perarakan masing  - masing dan diberikan sepanduk masing - masing.. Hui.. macam  - macam gaya ada.. yang perempuan dah macam perempuan melayu terakhir dan yang lakinya takde lain dah.. Lipat kain pelikat jadi macam sampin.. Dah tau dah...

Perarakan dimulakan oleh guru dan yang bestnya dapat jadi first untuk selawat.. Buruk punya perangai.. So akhirnya bermula di padang sehingga ke dalam dewan.. Yang paling lawaknya saya dan Ustaz Koe ( kami panggil) dah buat macam route untuk perarakan nie.. Kalau tahun lepas ikut jalan lain tahun nie ikut jalan lain..

Punyalah detail...

Sampai di dewan semua guru dapat air mineral pelajar je tak dapat takde bajet kot.. Kemudian kami teruskan berselawat sehingga semua pelajar memasuki dewan. Bila semua dah masuk baru acara dimulakan. Setelah ucapan oleh pengetua barulah ada ceramah mengenai Maulidur Rasul. Kiranya macam acara kemuncak la..


Selepas habis ceramah tu barulah acara pun tamat dan tidak sah lah sesuatu acara kalau tak ada acara nie.. Acara apa? Acara memakan la apa lagi.. Dah habis ceramah semua pelajar dijamu di dewan selera.. Dapat la makan best sikit hari tu..

Alhamdulillah..

Semuanya berjalan lancar dan nampaknya semua dah berpuas hati walaupun ada la cacat sikit sebab program mula lambat sebab hailer tak cukup. Itu pun satu cabaran jugak tapi takpe la. Satu cabaran dah habis tinggal satu lagi.. Ha?? Ape pulak yang tinggal? La.. program M.T.Q tu masih belum berjalan lagi sebab malam nanti.. program M.T.Q nie lagi menarik sebab ada macam  - macam berlaku.. Kalau nak tau tunggu post seterusnya

Thanks sebab baca!!

2 comments: