Friday, February 18, 2011

Peristiwa Maulidur Rasul.. Part 2

Surau Raudhatul Muttaqin


"Badar, macamane nie?"

"Macamane ape?"

"DK (Dewan Kuliah) kunci arr.., orang dah ramai marah kat aku.."

"Haa, ape??!! Takpe kau tunggu sini. Biar aku cari kunci"


Assalamualaikum semua.. apa khabar sihat?? Alhamdulillah. Kalau anda semua nak tahu badar tu adalah nama panggilan saya di sekolah dan surau yang anda nampak tu adalah surau kami.. Yup.. Nama dia Surau Raudhatul Muttaqin..

Jadi kalau dah sebelah pagi kami dah habis buat program Maulidur Rasul.. Sebelah malam pulak kena buat program M.T.Q atau nama panjangnya Majlis Tilawah Al-Quran. Selepas habis je program Surauterus semua ahli berkumpul di surau.. Jadi setelah dibincangkan pada mesyuarat sebelumnya.. tempat  - tempat yang akan dipilih ialah..

  • Surau  -Tilawah Al - Quran
  • DK (Dewan Kuliah) Azan
  • Kelas 403  - Khat
  • DH ( Dataran Hijau)  - Nasyid

Rasanya itu je kot.. Tak ingat dah sangat.. Lepas semua pelajar berkumpul kat DH untuk dengar taklimat semua acara pun berjalanlah serentak kecuali program Nasyid yang akan bermula pukul 10.30 malam.. Start semua program pada pukul 9.00 malam.. 

Jadi budak  - budak nasyid ada la masa nak berlatih ke apa ke.. Yang lebih menarik.. Nasyid ni antara acara yang special sebab hari sebelum Maulidur Rasul dah ade pertandingan nasyid untuk semua blok.. Yang bertanding malam tu adalah yang lepas peringkat saringan..

Untuk pastikan semua berjalan saya akan berjalan disetiap tempat ataupun checkpoint yang ditetapkan untuk pantau.. Semuanya dah okey kecuali DK sebab berkunci.. Tanpa berlengah masa saya terus berlari jumpa warden bertugas untuk minta kunci tapi cikgu tu takde.. Dia cakap dekat Ustaz Koe.. Berlari lagi nak jumpa Ustaz Koe tapi tak jumpa.. Akhirnya ada orang bagitahu yang di takde..


Apa!! Takde??

Jadi bersabar la menunggu Ustaz.. Tak boleh nak buat ape la.. Sebab itulah seorang pemimpin perlu bertenang.  Kalau ketua nervous lagi la anak buah tambah  -tambah nak kecut perut.. Bak kata orang Cikgu kencing berdiri.. murid kencing berlari.. Sungguh tak senonoh

Setelah puas menunggu akhirnya sampai jugak Ustaz.. Rupanya dia keluar. Hui.. selamat dah ade. Akhirnya semua pun dah ok dan akhirnya sampai la ke acara kemuncaknya..Nasyid..
Antara acara favourite semua orang la..

Lepas semua dah makan kat DS.. Semua pun dah ready nak dengar.. Tiba  - tiba pulak timbul pulak dua masalah, pertama mike tak cukup.. kedua kertas untuk pengadilan untuk juri tak cukup.. Masalah pertama dah diselesaikan dengan ambik mike kat surau.. Masalah kedua tak dapat nak selesai.. Cuba nak fotostat tapi koperasi tutup jadi tak boleh nak buat ape.. Juri terpaksa berkongsi kertas untuk judge..

Tapi..

Program masih dapat dijalankan seperti biasa dan disebabkan sambutan hangat oleh penonton program habis dalam pukul 12.00 malam walaupun dijangka habis pukul 11.30 malam... 

Terima kasih kepada semua penonton..
Terima kasih kepada para peserta..
Terima kasih kepada para MARESMAWIAN yang menjayakan program ini...

3 comments:

  1. mengong la ko.....
    aq tau org yg katakn itu adlh aq....
    hahahaha......

    ReplyDelete
  2. bhahaha..ngarut je faris oit...btw best la baca rindu zaman skul pgl ko badar..hehehe

    ReplyDelete
  3. @Faris, ye ke? aku pun x ingat...

    @Syu, haha.. nie pun orang kata kenangan penting nie nanti takut lupa..

    ReplyDelete