Saturday, March 12, 2011

Ga..ga..gagap!!

"Alif laaam miiimm...cuba sebut Zul"

"A..aa.lif..laam.miii..m..."

"Baca elok -elok Zul!"

"Saya dah cuba ustazah.Tak boleh jugak"

>>>>

Dah dekat  8 tahun dah tak jumpa Ustazah Rubiah. Saya masih ingat lagi waktu kecik  - kecik dulu lepas habis semayang maghrib, mak suruh pergi mengaji dekat rumah ustazah nie..

Takde la jauh sangat, belakang rumah je.. Tapi disebabkan ustazah agak garang orangnya.. Maka ramai la takut dengan dia.. Sebelum nak baca depan dia atupun tasmi', semua orang kena la baca dulu sendiri ayat yang dia kena baca dulu.

Siapa yang sampai awal, cepatlah habisnya. Jadi untuk menjeleskan budak2 yang lambat, yang dah habis tu takkan balik rumah dulu.. Mesti nak main lumba lari ke, kejar2 ke, nak tunjuk diorang dah habis ngaji..Jadi kita yang didalam nie pun trasa nak nak main jugak la.. Tapi apa2 pun kena tunggu giliran... Dah datang lambat..

Entahlah, mungkin waktu kecik2 dulu bengap sangat jadi slalu sangkut bila baca muqaddam.. Ustazah yang pun slalu marah suruh baca elok2. Jadi nak bagi ustazah tak marah bila salah baca muqaddam, saya saje2 bagi gagap. Benda tu menjadi sampai habis saya mengaji. 
Tapi..

Bila darjah 3 pindah Perak, gagap tu tak berhenti sampai darjah 6.. Agak teruk jugak. Sampai Form 2 baru la gagap tu betul2 hilang..Kadang - kadang saya rasa tak patut buat macam tu.. Nampaknya kena jumpa balik ustazah tu minta maaf balik..

Tapi saya bersyukur sebab dah habis dah gagap tu..

Tapi macamana pulak orang gagap tu seorang Raja??

Masa tu saya rasa cerita nie cerita untuk saya. Cerita mengenai bagaimana seorang Raja iaitu King George VI yang gagap kena bagi ucapan untuk rakyatnya sewaktu Perang Dunia I dan II. Dia dibantu oleh seorang pakar ucapan, Lionel Logue

Yang menariknya, Lionel nie langsung takde apa2 kelayakan untuk rawat orang. Dia cuma ada pengalaman sewaktu merawat askar - askar yang baru balik berperang yang mengalami 'combat stress reaction' yang menyebabkan diorang tak boleh bercakap. Cerita nie pun dah banyak menang anugerah.. I recommend you this movie..

Nie trailer dia...

3 comments:

  1. hahaha...
    kantoi ko gagap dlu...
    aku da download tpi x tngk la lagi cerita nieh...

    ReplyDelete
  2. nice post keep it up
    nama saya zulhariz zubir

    ReplyDelete