Friday, March 4, 2011

Bersangka Baik dengan Penyakit

 sumber: iluvislam


Abu Hurairah pernah bersama Rasulullah SAW menziarahi seorang yang menderita penyakit demam. 

Rasulullah bersabda kepada pesakit itu yang bermaksud: 

"Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla pernah berfirman: Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini supaya dia dapat selamat dari api neraka pada hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bila dah baca hadis kat atas, baru rasa lega sikit. Dah hampir seminggu jugak terkena demam campak. Minta maaf kalau tak dapat nak update blog. Tapi alhamdulillah dah semakin baik dah..

Bila dah terkena demam campak nie.. Tiba - tiba baru la terasa betapa berharganya kesihatan dekat manusia..Ye lah tak guna ada beriban duit pun kalau dah sakit tak dapat nak pakai duit tu..

Rasulullah S.A.W bersabda :
 "Dua nikmat yang manusia sering lalai dan alpa, iaitu kesihatan dan waktu (atau usia) yang Allah berikan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Nabi pun dah sebut dah.. Manusia selalu lupa. Bila dah terkena baru la nak menyesal..Orang Melayu pun ada sebut "Bila sudah terhantuk baru hendak tergadah" .

Tapi..


Bila dah terkena penyakit, jangan nak menyalahkan Allah sebab Allah dah kata sakit itu penghapus dosa. Kalau kita buka balik sirah nabi terdahulu, bagaimana Nabi Ayub yang ada anak yang ramai dan harta yang melimpah ruah pun diuji Allah dengan penyakit selama 7 tahun.Nak dibandingkan kita yang banyak dosa nie sepatutnya lagi teruk kita kena.

Jadi  sama2 la kita bersangka baik pada Allah dan sesama manusia. Kalau terkena penyakit carilah ubatnya sebab Allah dah kata semua penyakit ada ubatnya kecuali mati...

 Semoga Allah memberkati anda semua.. InsyaAllah..






No comments:

Post a Comment